Penggiliran tanaman
Penggiliran tanaman

Penggiliran tanaman

Penggiliran tanaman ialah amalan menanam satu turutan jenis tanaman yang berbeza di kawasan yang sama merentasi urutan musim penanaman. Amalan ini mengurangkan kebergantungan sesuatu tanaman terhadap satu jenis nutrien, mengurangkan tekanan dari makhluk perosak dan agen penyakit, serta mengurangkan kebarangkalian makhluk perosak dan rumpai liar untuk terhasil rintangan terhadap racun.Menanam tanaman yang sama di tempat yang sama selama bertahun-tahun berturut-turut, yang dikenali sebagai penanaman tunggal, secara beransur-ansur menghabiskan nutrien tertentu pada tanah tersebut dan menggalakkan daya saing antara jenis-jenis makhluk perosak di tanah tersebut. Tanpa mengimbangi penggunaan nutrien dan mempelbagaikan komuniti makhluk perosak serta rumpai liar, produktiviti monokultur sangat bergantung kepada input luaran yang mungkin berbahaya terhadap kesuburan tanah. Sebaliknya, penggiliran tanaman yang direka bentuk dengan baik boleh mengurangkan keperluan baja sintetik dan racun rumpai dengan menggunakan perkhidmatan ekosistem yang lebih baik daripada set tanaman yang pelbagai. Selain itu, penggiliran tanaman boleh memperbaiki struktur tanah dan bahan organik, yang mengurangkan hakisan dan meningkatkan daya tahan sistem ladang.

Rujukan

WikiPedia: Penggiliran tanaman https://web.archive.org/web/20190923164709/https:/... https://time.graphics/event/2281456 https://www.worldatlas.com/articles/what-is-crop-r... https://attra.ncat.org/attra-pub/summaries/summary... https://web.archive.org/web/20150513234501/http://... http://www.cefs.ncsu.edu/resources/organicproducti... https://www.ams.usda.gov/sites/default/files/media... https://web.archive.org/web/20151004172716/http://... https://www.rhs.org.uk/advice/profile?PID=373 https://attra.ncat.org/attra-pub/viewhtml.php?id=6...